Selasa, 12 Jun 2012

Fermentasi Kacang Soya (Tempe)

Untuk menghasilkan Fermentasi Kacang Soya (Tempe), kacang soya dipilih untuk memastikan mutu kacang soya terbaik untuk dijadikan tempe. Kulit kacang soya dibuang dengan menggunakan mesin membuang kulit kacang atau boleh diramas semasa merendam kacang soya. Kacang soya direndam semalaman selama kira-kira 18-24 jam. Setelah direndam, kacang soya ditoskan dan dicuci sekali lagi. Setelah dicuci kacang soya yang telah direndam itu direbus dalam air yang berlebihan selama kira-kira 45 minit hingga 1 jam. Setelah direbus, kacang soya tersebut ditoskan dan dibiarkan sejuk. Untuk mempercepatkan proses penyejukan, kipas digunakan. Setelah kacang soya benar-benar sejuk, inokulum ditaburkan keatas kacang soya dan digaul sebati. Setelah itu kacang soya dimasukkan kedalam plastik yang ditebuk lubang-lubang kecil dan di "seal". Setelah itu disimpan ke rak penyimpanan pada suhu bilik selama 2-3 hari. Tempe siap untuk dinikmati.
-My Soya Enterprise-

Dapatkan kerepek tempe keluaran kami dengan harga berpatutan untuk hidangan minum pagi (dihidangkan bersama sarapan pagi, tengahari (dimakan bersama nasi), petang (dihidangkan bersama secawan kopi), malam (bersama hidangan makan malam), setiap masa (sebagai snek).

Kerepek tempe dalam proses

Kerepek tempe setelah dibungkus

Hubungi 013-9487664 /013-6136514.

Maklumat Kacang Soya

Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya Glycine max.
Kacang soya hijau berbentuk gumpalan 3 - 15, berbulu, berwarna hijau, mengandungi 2 - 4 biji, panjangnya 3 - 7 cm. Kacang soya berbentuk bulat, berwarna kuning ke hijau kekuningan. Pokok kacang soya mempunyai akar tunjang sepanjang 15 cm. Akar adventitius tumbuh daripada hipokotil. Nodul akar adalah kecil dan berbentuk sfera.
Kacang soya adalah legume berprotein tinggi (keluarga Fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa Jepun shoyu (kicap).
Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegan. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran, oat {Avena sativa} dan kemungkinannya kuinoa. - wikipedia