Sabtu, 11 Ogos 2012

Al Kisah.....

Assalamualaikum, salam sejahtera.
            Kisah kami bermula kira-kira 5 tahun yang lalu sehingga tertubuhnya MY SOYA ENTERPRISE pada 1 Februari 2011. Setelah menghabiskan Latihan Kemahiran di Institut Pertanian Kuala Lipis pada Julai 2007, saya telah menetap di Kampung Jumbang dan memikirkan apa yang hendak dibuat selepas tamat latihan kemahiran. Dengan berbekalkan kemahiran dalam bidang tanaman, saya telah memulakan projek menanam jagung "Taiwan Sweet Corn".Tetapi tidak lama kerana kekurangan modal walaupun telah separuh jalan akibat daripada "abang-abang" dan "sedara mara" pihak terlibat.Waktu itu, Perdana Menteri kita yang ke 5 Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan kempen "Pertanian Adalah Perniagaan" dan saya memulakan dengan bidang pertanian.Tetapi apalah sangat sokongan atau bantuan yang saya dapat kerana "abang-abang" dan "sedara mara" ni tadi. Akhirnya saya teringat pada kata-kata rakan saya di Institut Pertanian dulu iaitu berniaga soya sesuatu yang untung berdasarkan formula 1 kg kacang dapat 6 liter air. Dan saya tekad untuk memulakan projek ini.
               Cuma satu sahaja yang boleh menolong saya pada ketika itu iaitu Ibu saya yang telah berusaha mendapatkan pinjaman awal AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia) sebanyak RM 2 ribu. Bertitik tolak dari inilah saya bermula dengan perusahaan memproses soya ini. Dengan wang pinjaman tersebut, saya telah membeli sebuah mesin pengisar soya dan sebuah mesin pemerah kelapa manual serta sedikit kelengkapan dan peralatan lain. Nak dijadikan cerita, pada ketika itu saya memang kosong dan tidak ada pengetahuan tentang pemprosesan soya. Alhamdulillah saya berjumpa dengan seorang usahawan soya yang terkenal di Seremban iaitu Daud Soya. Beliau telah sedikit sebanyak berkongsi cara dan pengalaman memproses soya. Pada masa itu juga saya memulakan projek seminggu sebelum bulan Ramadhan dan saya telah menempah sebuah gerai di Bazar Ramadhan Kuala Pilah.
              Seminggu beroperasi di Bazar Ramadhan hanyalah "buang ke longkang". Memang betul, seminggu saya buang soya saya ke longkang sebab tak sedap dan taufu fa tak jadi. Saya cuba dan perbetulkan cara memproses soya dan akhirnya perniagaan saya rancak sepanjang minggu ke-2 dan ke-3. Satu perkara yang saya tak dapat lupakan ialah pada minggu terakhir bulan tersebut dimana air gula telah tumpah didalam kereta dan yang tinggal hanyalah soya sahaja didalam kereta. Datanglah seorang hamba Allah ni minta soya dan saya cakap soya tawar tanpa gula dan saya tak jual. Tetapi dia tetap nak beli sebab sebenarnya dialah pelanggan saya sepanjang minggu ke-2 dan ke-3 sebelum itu. Dia tak kisah tanpa gula kerana dia boleh tambah gula di rumah tetapi rasa KEPEKATAN soya tersebut tak sama dengan gerai lain yang ada. Dan disitulah semangat saya berkobar-kobar untuk meneruskan perusahaan ini.
             Namun habis setakat itu sahaja dan saya simpan semua mesin tersebut di rumah. Saya bekerja makan gaji selama 4 tahun lamanya dan mengumpul modal sedikit demi sedikit. Akhirnya setelah puas "makan gaji"lah sangat, saya mengorak langkah membuka sebuah bengkel proses dan meninggalkan pekerjaan saya yang selesalah sangat tu. Kini MY SOYA ENTERPRISE telah mempunyai sebuah bengkel yang lengkap dengan mesin-mesin dan peralatan yang cukup untuk memproses soya dan memasarkan soya dengan aggresif sehingga tak menang tangan melayan kerenah pelanggan. Alhamdulillah, kami masih mampu bertahan sehingga ke hari ini. Terima kasih atas sokongan semua. Allah saja yang membalasnya


Minuman soya keluaran awal syarikat kami

Antara promosi yang telah dijalankan

Soya kami dijamin kualiti dan mutunya

Antara perkakasan yang ada

Deretan mesin yang ada

Kisah kami bermula dengan mesin ini

Pandangan dari luar bengkel kami
            .
Label botol baru setelah dijenamakan semula


Dapatkan kerepek tempe kami hari ini,
Dijamin rangup dan sedap. Jaminan pulangan wang dalam 7 hari.
Whatsapp/sms 0126826196
Facebook : Pembekal Tempe Segar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan